You want + Follow ? or back ♥ Home ?
Refresh.
Awesome ! <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d1483339761022235002\x26blogName\x3dLe-Confession\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://stopstandingtheredear.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://stopstandingtheredear.blogspot.com/\x26vt\x3d5274152185633464441', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
Aku lupa.. dan Terima Kasih Allah atas dugaan mu.
18 March 2013 // 3:40 AM //

Tumblr_mjt0kzmfn21s78qfvo1_500_large

Aku lupa kesakitan tu akan beransur pergi, membawa hati yang tengah berduka lara pergi.Aku lupa bahawa kasih sayang tu hanya menjadi kenangan, sebuah kenangan yang teramat pahit untuk aku ungkapkan.Aku lupa memori yang tercipta mungkin hanya menjadi pengubat dikala aku benar-benar terluka.Menangis permergian seorang insan yang mungkin susahnya aku untuk memahkotakan dia sebagai raja pemilik hati. 

Tapi dia berlalu pergi, berlalu pergi dengan membawa seluruh harapan dan kebahagian yang ingin aku kecapi hanya dalam sekelip mata. Ya, sekelip mata.Aku mula belajar, hidup tanpa seorang insan yang pernah buat aku tersenyum, pernah buat aku ketawa, pernah buat aku jatuh cinta padanya, dan ya! aku lupa bahawa kedatangan dia hanyalah sekadar untuk bersuka ria, tidak terdetik dihatinya untuk benar-benar mencintai insan yang mencintainya.

Hari-hari mendatang bagaikan tiada erti, aku tersepit antara perasaan dan hati. Hati masih menginginkannya dan perasaan cuba untuk membuangnya. Lagu "kiss in the rain- Yiruma" mengingatkan aku betapa indahnya sebuah percintaan, kenangan yang telah dia berikan cukup untuk membunuh separuh daripada jiwaku yang telah lama dibawa pergi oleh bayang yang mungkin aku tak dapat kejari.

Setelah lama membawa diri, cuba untuk membuka ruang hati, hadirnya insan yang menyahut keluhuran hati, yang menagih kasih sayang atau simpati? Untuk seketika aku lupa akan bayang-bayang dia, yang telah menghantui aku berbulan lamanya. Sakit Ya! Tuhan, sakit teramat. Mengapa kau berikan aku sebuah perasaan jika hanya sekadar untuk disakiti. Dan sekali lagi aku terlupa, bahawa kau hanya memberi aku kekuatan, ketabahan dalam mengharungi dugaan. Terima kasih Ya Allah.

Dia, mungkin bukan lelaki yang sempurna, mungkin tidak berharta, mungkin juga tidak ada paras rupa. Tapi engkau (Allah S.W.T) memberi kekuatan untuk mencintai semula seorang insan yang bergelar lelaki. Dia, sentiasa menjaga tutur katanya, tidak sedikit pun pernah menguris hati dan perasaan, tidak sedikit pun menyakiti. Bila berlaku pertelingkahan, dia mengalah, diam untuk membiarkan aku menang.

Ya! itu dia lelaki yang benar-benar menghargai. Jujur dengan apa yang diberi, jujur dengan kasih sayang yang diberi, jujur dengan perbuatannya untuk mencintai. Mungkin dia tidaklah sehebat lelaki-lelaki yang pernah aku cintai, tapi dia telah berjaya menawan hati dengan memberi aku kesedaran bahawa aku perlu dekatkan diriku kepada mu Tuhan,

Jika dia jodohku, maka kau satukanlah dia dengan ku, jika dia bukan milikku, maka kau pisahkan lah kami tanpa melukakan hati diantara kami.


«- OLD