SUKA,SAYANG, CINTA & NAFSU
07 January 2011 // 11:47 PM //
Antara SUKA,SAYANG, CINTA & NAFSU…empat perkataan yang mempunyai pengertian yg berbeza..dan sering kali diri kita terkeliru dengan empat perkara ini.. Mari sama-sama kita perhatikan supaya kita tidak lagi terkeliru, apa yg penting..tepuk dada..tanyalah selera…hanya diri sendiri yg mengerti apa yg kita sendiri rasai…Pertama,rasa SUKA….rasa SUKA bukanlah beerti SAYANG..kerana rasa suka itu wujud disebabkan kita menyenangi atau menyukai diri seseorang… cthnya suka melihat seseorang, suka dgn gaya atau gaya seseorang…ataupun mungkin jgk meminati seseorang..tetapi rasa SUKA ini mudah sekali untuk bertukar kepada rasa benci jika berlaku sesuatu yg kurang menyenangkan dengan apa yang kita sukai itu…atau apa yg pada mulanya kita sukai itu tak seperti apa yang kita harapkan sebelum ini kerana suka bukanlah bermaksud SAYANG…rasa SAYANG itu pula wujud lantaran dari rasa suka yang berlebihan atau setelah terbitnya rasa kasih berpunca dari rasa SUKA itu… Namun tidak mudah utk rasa SAYANG itu muncul kerana rasa SAYANG tidak muncul dengan sekelip mata…ianya perlu disemai agar semakin bercambah…biasanya rasa SAYANG pasti akan disulami rasa cemburu…jadi ketahuilah..sekiranya rasa cemburu sudah mula menguasai diri..bermakna rasa SAYANG sudah semakin mekar.. Bila SAYANG semakin mekar, maka wujudlah pula rasa CINTA..satu rasa yang cukup membahagiakan…anda akan tahu anda mula jatuh CINTA apabila anda mula merindui seseorang,apabila anda rasakan anda ingin hidup selamanya dengan dirinya…tak kira walau apa terjadi.. walau buruk mana perilakunya..kita tetap menerima dirinya seadanya…hanya dialah di hati…serta kita sanggup lakukan apa saja deminya..dan tidak sanggup kehilangannya…itulah hebatnya rasa CINTA.. dan Sekali anda jatuh CINTA…pastinya sepanjang hayat pun belum cukup untuk memadamkan rasa CINTA…dan kebiasaannya kita tak mungkin akan jatuh cinta pd 2 insan dlm satu masa…sekiranya berlaku…itu pastinya..bkn cinta namanya….tapi..mungkin hanya rasa syg…atau suka sahaja… Berlainan pulak dgn NAFSU…nafsu ni beerti keinginan….ia bole dtg dengan sendirinya..atau bole hadir samada bersama rasa SUKA,SAYANG mahupun CINTA…cthnya SUKA hadir bersama NAFSU; menyebabkan timbulnya nafsu terhadap org yg kita sukai itu, SAYANG hadir bersama NAFSU ;menyebabkan timbulnya nafsu terhadap org yg kita sayangi…inilah yg sebabkan byknye berlaku keterlanjuran antara pasangan2 zaman skg ni… CINTA hadir bersama NAFSU; lantaran dr rs cinta yg amat sangat..membangkitkan nafsu atau keinginan terhadap org yg kite cinta…sehinggakan berlaku keterlanjuran…tapi selalunya…jika pasangan tu benar2 menyintai pasangannya tu..pastinya dia akan bertanggungjawab atas apa yg telah berlaku…. Manakala NAFSU hadir semata-mata NAFSU pula, menyebabkan seseorang tu bertindak hanyalah bg memenuhi NAFSUnya semata-mata….cthnya….lebih tertarik atau mudah tertarik kepada kecantikan sekiranya insan yg disukai kerana nafsu ini sudah tidak cantik lagi pd pandangan matanya..dgn mudah dia akan meninggalkan pasangannya itu...ataupun..andaikata terjadi keterlanjuran….dgn mudah juga dia akan meninggalkan psgn tu…dan tak mahu bertanggungjwb setelah hajatnya tercapai….tanpa memikirkan tentang perasaan atau akibat dr perbuatannya tu… p/s: So..jika kita menyukai seseorang atau menyayangi seseorang atau menyintai seseorang…fikirkanlah sendiri…mana satu sebenarnya perasaan kita..dan jgn sampai nafsu mengatasi segala rasa itu….sekiranya nafsu mengatasi segalanya….lu org fikirlah sendiri apa kesan dan akibatnye…. |