You want + Follow ? or back ♥ Home ?
Refresh.
Awesome ! <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d1483339761022235002\x26blogName\x3dLe-Confession\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://stopstandingtheredear.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttps://stopstandingtheredear.blogspot.com/\x26vt\x3d-4861005152088712943', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe", messageHandlersFilter: gapi.iframes.CROSS_ORIGIN_IFRAMES_FILTER, messageHandlers: { 'blogger-ping': function() {} } }); } }); </script>
Aku lupa.. dan Terima Kasih Allah atas dugaan mu.
18 March 2013 // 3:40 AM //

Tumblr_mjt0kzmfn21s78qfvo1_500_large

Aku lupa kesakitan tu akan beransur pergi, membawa hati yang tengah berduka lara pergi.Aku lupa bahawa kasih sayang tu hanya menjadi kenangan, sebuah kenangan yang teramat pahit untuk aku ungkapkan.Aku lupa memori yang tercipta mungkin hanya menjadi pengubat dikala aku benar-benar terluka.Menangis permergian seorang insan yang mungkin susahnya aku untuk memahkotakan dia sebagai raja pemilik hati. 

Tapi dia berlalu pergi, berlalu pergi dengan membawa seluruh harapan dan kebahagian yang ingin aku kecapi hanya dalam sekelip mata. Ya, sekelip mata.Aku mula belajar, hidup tanpa seorang insan yang pernah buat aku tersenyum, pernah buat aku ketawa, pernah buat aku jatuh cinta padanya, dan ya! aku lupa bahawa kedatangan dia hanyalah sekadar untuk bersuka ria, tidak terdetik dihatinya untuk benar-benar mencintai insan yang mencintainya.

Hari-hari mendatang bagaikan tiada erti, aku tersepit antara perasaan dan hati. Hati masih menginginkannya dan perasaan cuba untuk membuangnya. Lagu "kiss in the rain- Yiruma" mengingatkan aku betapa indahnya sebuah percintaan, kenangan yang telah dia berikan cukup untuk membunuh separuh daripada jiwaku yang telah lama dibawa pergi oleh bayang yang mungkin aku tak dapat kejari.

Setelah lama membawa diri, cuba untuk membuka ruang hati, hadirnya insan yang menyahut keluhuran hati, yang menagih kasih sayang atau simpati? Untuk seketika aku lupa akan bayang-bayang dia, yang telah menghantui aku berbulan lamanya. Sakit Ya! Tuhan, sakit teramat. Mengapa kau berikan aku sebuah perasaan jika hanya sekadar untuk disakiti. Dan sekali lagi aku terlupa, bahawa kau hanya memberi aku kekuatan, ketabahan dalam mengharungi dugaan. Terima kasih Ya Allah.

Dia, mungkin bukan lelaki yang sempurna, mungkin tidak berharta, mungkin juga tidak ada paras rupa. Tapi engkau (Allah S.W.T) memberi kekuatan untuk mencintai semula seorang insan yang bergelar lelaki. Dia, sentiasa menjaga tutur katanya, tidak sedikit pun pernah menguris hati dan perasaan, tidak sedikit pun menyakiti. Bila berlaku pertelingkahan, dia mengalah, diam untuk membiarkan aku menang.

Ya! itu dia lelaki yang benar-benar menghargai. Jujur dengan apa yang diberi, jujur dengan kasih sayang yang diberi, jujur dengan perbuatannya untuk mencintai. Mungkin dia tidaklah sehebat lelaki-lelaki yang pernah aku cintai, tapi dia telah berjaya menawan hati dengan memberi aku kesedaran bahawa aku perlu dekatkan diriku kepada mu Tuhan,

Jika dia jodohku, maka kau satukanlah dia dengan ku, jika dia bukan milikku, maka kau pisahkan lah kami tanpa melukakan hati diantara kami.


Entry terakhir pada tahun 2012
31 December 2012 // 5:53 AM //

Tumblr_mfvkjxdhaa1qg0u7eo1_500_large

*Cough. ehem ehem ehem . testing testing testing . Haaaaaachummm !! Fuhhh fuhhhh fuhhh, berdebu haa blog -,- fundekk tak kemas langsung blog . tunggang langgang. Haishhh . 

Bismillahirahmanirahim . Assalamulaikum semua .

Lagi berapa jam kita masuk tahun baru kan? kan? kan? dan lagi berapa jam jugak lah saya masuk 18 belas tahun kan kan kan ? Hmmmm *sigh , dua bulan sebelum tunggu result jadi penganggur tegar lah saya wahai bidadara dan bidadari sekalian. Nak sangat kerja, nak isi masa lapang yang terluang neh. Tapi abah tu yang susah nak bagi saya kerja . Kononnya belum cukup umur lah apa lah . Come on abah ! open up your eyes, I'm not a child right now, I am a teenager , and become a women one day.

By the way, lupakan apa yang saya duk membebel tadi. Eh, 2012 mesti banyak kenangan kan? Yup, of course lah, kalau tak takkan dah jadi matang cenggini kot . ( ceceyh, bajet matang. haktuihhh) You know what, petang tadi masa tengah menonton televisyen siaran tv2 cerita cina "Detective Women" tak silap lahh, berlaku satu conversation yang agak mengejutkan sikit dengan ibu .

( suasana menonton televisyen )
Ibu : Along, ibu nak cakap sesuatu dengan along boleh ?
Saya : Hor, cakap jela ( sambil mata ralit memerhatikan kaca televisyen )
Ibu : boleh tak along jadi matang seiring dengan usia along ?
Saya : what ? (terbatukk terbahak-bahak) am I'm not matured enough ?
Ibu : Tak sayang, awok acting macam budak budak , come on lahh,
Saya : Along bukan budak budak .
Ibu : Memang lah awak bukan budak budak tai perangai awak tu, macam budak budak .
Saya : Hmm, yela yela ( acuh tak acuhh )

apa ni ?
apa ni ?
apa ni ?

Saya masih kebudak-budakkan ? Okay syaza, admit it, berebut coklat dengan adik, brebut spongebob dengan adik, berebut nak tengok dora the explore depan tv dengan adik . Yes ! you absolutely like a kid. Hurggghh! Matang syaza matang please, awak nak masuk 18 belas tahun, stop act like a kid ! understand ? Yes, I am understand, I'll change to be more a better person, a better daughter , a better lover, a better sister in 2013 .

Alhamdulillah, dah masuk bulan 4 kitorang stay together. Thanks awak sebab bersabar dengan kerenah saya, layan saya baik baik. Awak lahh boyfriend yang paling penyabar yang pernah saya jumpa. Kita gaduh, tapi tak sampai 5 minit je kan ? awak pujuk saya pujuk saya , kalau saya terlalu marah sangat awak bagi saya cooldown, awak faham saya . Hikhik, thanks by the way. Saya tersangat sayangkan awak. Oh ye, tahun depan awak dah nak start kerja dengan herbalife kan? Best of luck sayang, don't forget me even how busy you are okay ? Saya akan terus sokong awak dari belakang walau apa pun awak buat asal pekerjaan tu halal. Oh saya takkan lupakan awak kalau nanti saya pergi belajar jauh jauh pun (kalaulahh) sebab saya sayangkan awak. Haa, dekat 150 juta kali saya dah cakap saya sayangkan awak. HAHA. Semoga hubungan kita kekal hingga ke jinjang pelamin, hingga ke anak cucu, hingga ke akhir hayat hingga hujung nyawa. Ingat tu !

Wahai Datuk Datin, Tuan Puan, Pakcik Makcik, Abang Kakak Adik, jangan lupakan tahun 2012 sebab tanpa tahun 2012 kita takkan berada pada tahun 2013. Tak payah sambut meriah bagai sangat, cukup kita bersyukur kepada yang Maha Esa kerana bagi kita peluang untuk meneruskan perjuangan dalam kehidupan mencapat matlamat dunia dan akhirat. Semoga, yang lepas menjadi sebagai teladan dan pengajaran. Ingat, kesilapan takkan menjadi kesilapan lagi jika kita tidak mengulanginya berulang ulang kali. Tiada seorang yang mampu mengubah hidup kita melainkan kita sendiri yang melakarkan coretan pada papan kenyataan hidup kita.

Well, terima hakikat hidup neh macam roda, sekejap kita dekat atas sekejap kita dekat bawah. Allah nak bagi kita rasa sama adil kesusahan dan kesenangan ;') Kalau nak berjaya it berusaha, sebab berusaha tangga kejayaan. InsyaAllah, saya takkan kahwin selagi degree takde dalam tangan. Tapi kalau dah sampai seru, apa boleh buat, kita sambut jela seru tu kan? Sebab orang tua tua cakap, kalau perempuan tolak pinangan pertamanya, maka dia akan susah nak dapat pinangan yang seterusnya . HAHA, tak percaya tapi macamtu lahh.

Semoga 2013 membuka lembaran baru dalam kehidupan kita. Yang hidup teruskan hidup, yang dah takde kita sedekahkan sural Al-fatihah untuk mereka supaya mereka tenang menghadapi kehidupan di alam sana. Kia pun akan menyusuri mereka, cuma kita tak tahu bila, dimana, dengan siapa, bagaimana. kann? Semoga kita semua mati dalam iman ... ( cakap soal mati plak -,- takpe takpe, at least aku tak berapa lalai dengan duniawi. heee ) Azam baru wehh, azam baru.

Wishlist Azam Baru 2013 :-
  • Dapat keputusan SPM yang baik dan cemerlang ( InsyaAllah)
  • Dapat masuk kemana-mana Institusi Pengajian Tinggi Awam
  • Kamera Nikon DLSR dalam tangan
  • Iphone 5
  • Menguruskan badan daripada 65 kg kepada 50 kg
  • Setia pada yang satu ( I'm not playgirl okay)
  • Buat lagu sendiri and jadi artis (kononnya)
  • Lebih penyabar
  • Kurang emosional
  • Jadi cute dan comel sentiasa
  • Jadi anak yang baik/ ( at least membanggakan ibu abah)
  • jadi kakak yang penyayang
  • jadi sahabat yang memahami
  • jadi kekasih yang setia
  • jadi diri sendiri. (buang yang keruh ambil yang jernih .

Hee, banyak gila nooohh wishlist saya., insyaAllah akan ku capai satu persatu impianku . Amin.. Anda semua tolong doakan sikit sikit eh? eh, banyak banyak ehh untuk saya. Terima Kasih daun keladi, budi baik mu hanya Allah mengerti .

















«- OLD